terbaek.....!!!

posting terkini

19 October 2010

Resepi Sata Ikan



Bahan-bahan:
½ biji kelapa
3 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah
1 biji cili merah
1.2 sm halia
Daun pisang secukupnya dibuat kelongsong kecil-kecil.

Cara menyediakan:
1. Ikan dibersihkan setelah itu kukutkan isinya kemudian gilingkan dengan kelapa hingga lumat dan sebati.
2. Masukkan pula bawang merah, cili merah dan halia sambil digiling lagi hingga sama bergaul semuanya.

3. Isikan bahan yang telah digiling ini ke dalam kelongsong kemudian tutupkan bahagian atas kelongsong. Buat begini hingga selesai semuanya.
4. Bila telah selesai diisikan di dalam kelongsong, cucukkan kelongsong ini pada buluh kemudian bakarlah sehingga masak.

No comments :

Post a Comment

PERINGATAN: BERITA DAN INFORMASI tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun . Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri..

Popular Di Singgahi


Sorotan Buletin Semasa : Berita Warga Paramedik @ Keratan Akhbar

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam